MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE6

Seramai 60 orang wakil-wakil negeri telah hadir di mesyuarat agung Kelab Veteran kali ke enam yang berlangsung di Hotel Citrus, Kuala Lumpur semalam. Hanya negeri Perlis sahaja yang tidak hadir disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

Dalam ucap utamanya Datuk Nasir Safar, Presiden kelab telah meminta ahli untuk terus menyokong kegiatan kelab supaya kita akan terus relevan. Beliau juga membayangkan adanya beberapa lagi program yang akan diperkenalkan. Ini termasuklah satu acara menandatangani memorandum persefahaman diantara Veteran MAYC dan Alumni Gerakan Belia 4B pada masa terdekat.

Ucap utama Presiden disusuli dengan taklimat dan mesyuarat agung penubuhan Koperasi Veteran Malaysia Berhad. Datuk Mohd Yusoff Hamid dan Ruslan Zainal Abidin telah mengetuai perbincangan mengenai arah tuju koperasi ini dan rata-rata diterima oleh ahli veteran cadangan penubuhan koperasi ini.

Perwakilan Negeri Sembilan pula mencadangkan mesyuarat agung tahunan pada tahun depan dapat diadakan di Kg. Lonek, Jelebu, Negeri Sembilan kerana adanya berbagai kemudahan saperti homestay, dewan mesyuarat, pusat jalur lebar komuniti. Datuk Ibrahim Che Mat, Pengerusi Kelab Veteran Negeri Sembilan berkata Kg Lonek amat sesuai untuk diadakan mesyuarat agung bukan kerana kemudahannya sahaja malah ianya tempat kelahiran Pendita Zaaba. Lawatan-lawatan khusus untuk mendalami adat pepateh boleh dianjurkan, tambah beliau.

Satu taklimat mengenai program “homestay” telah disampaikan oleh seorang veteran MAYC, Tuan Haji Sulaiman Ismail yang juga Penasihat Khas Menteri Pelancongan Malaysia. Perwakilan amat tertarik dengan program ini dan keputusan telah diambil untuk menyertai program ini.

Satu majlis makan malam telah diadakan pada sebelah malam untuk meraikan para perwakilan. Majlis ini telah diemceekan oleh Azmi Ismail dan dihiburkan oleh veteran Tony Ahmad.

2 Responses

  1. Mesyuarat Agung KVMM kali ke 6 di Citrus Hotel pada 26.1.13 amat amat memberi kesan.Ahli ahli bukan sahaja dapat berjumpa sambil menjalin kemesraan dan ukhwah sesama sendiri,tapi telah dapat merumuskan beberapa resolusi penting.Antaranya penubuhan Koperasi Kelab Veteran MAYC, satu agenda yang akan memberi pulangan ekonomi kepada anggota nya nanti. Satu MOU kerjasama dengan sebuah lagi ngo iaitu Alumni 4 B akan dibuat yang mana dengannya akan wujud satu ‘force’ kerana kedua-dua ngo ini adalah bekas veteran pertubuhan belia yang terbesar di negara ini suatu ketika dulu.

    Diharap kelab veteran MAYC akan menjadi suatu wadah kepada rakyat malaysia yang ingin menyumbang kepada pembangunan bangsa,dan negara.Justeru, bekas ahli-ahli mayc atau sesiapa sahaja yang berminat adalah dipelawa menyertai perjuangan kami.”JANGAN TANYA APA YANG NEGARA BOLEH BERI KEPADA ANDA TAPI TANYALAH APA YANG ANDA BOLEH SUMBANGKAN KEPADA NEGARA” demikianlah falsaafah orang orang yang cerdik akalnya.

  2. Kelab Veteran MAYC Negeri Sembilan menawar diri menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Agung kali ke 7 KVMM tahun 2014.Kami mengalualukan rakan-rakan seperjuangan dari seluruh negara ke negeri Adat Perpatih untuk kita membentuk kekutan baru dalam perjuangan kita melalui rundingan muafakat. Bak kata adat: Kebukit sama didaki,ke lurah sama dituruni,hati kuman sama dicecah,hati gajah sama dilapah.

    Masyarakat Perpatih amat mementingkan keharmonian hidup bersama,saling bantu membantu antara sama lain,sandar m,enyandar seperti aur dengan tebing. Masyarakat diibaratkan Seperti kata adat: Bak labu menjalar ke hulu bak kundur menjalar kehilir.Pangkalnya sama dipupuk pucuknya sama di gentas buahnya sama dimakan.Yang cicir dipungut yang hilang dicari yang hanyut dipintasi.Selamat datang….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: