MASAALAH KESIHATAN DIHUJUNG USIA

Proses menjadi tua ( aging process ) adalah fitrah dari Allah s.w..t.. Oleh kerana manusia adalah ciptaan Nya yang kemudiannya tumbuh, membesar dan akhirnya mati. Fenomena ini dikenal sebagai ” the natural history of Man.”

Masaalah kesihatan pada usia lanjut meliputi masaalah gerak. Iaitu kesukaran bergerak yang disebabkan oleh perubahan pada tulang, sendi dan otot. Masaalah kejiwaan, lingkungan sosial, ekonomi dan berbagai masaalah penyakit juga termasuk pada lanjutnya usa kita.

Hal ini merupakan bab yang sama pentingnya dengan bidang perubatan yang lain saperti masaalah anak-anak ( pediatric ). Masaalah pokoknya terletak pada fungsi-fungsi penting saperti penafasan, jantung, otak, hati dan jaringan tubuh umumnya.

Bersangkutan dengan penambahan usia ini terjadi pula berbagai peningkatan penyakit yang meliputi kelainan saraf dan kejiwaan, kelainan jantung dan pembuluh, berkurangnya fungsi pancaindera serta berbagai kelainan metabolism pada tubuh situa ini.

 

Berbagai penyakit pula yang hadir pada masa usia lanjut kita saperti penyakit sendi dan lutut, penyakit jantung dan pembuluh darah, kanser, masaalah penafasan dan saluran kencing yang perlu dihadai sebelum ianya datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: