PELANCARAN VETERAN MAYC NEGERI TRENGGANU

Majlis pelancaran KELAB VETERAN MAYC NEGERI TRENGGANU akan diadakan pada Jumaat 28hb September 2012 jam 3.00 petang di Laman Inap Desa, Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Trengganu.

Pengerusi Penyelaras Haji Alias Mustaffa berkata satu acara Penyampaian cenderamata “Jasamu dikenang” kepada bekas pemimpin MAYC akan diadakan dan Majlis Hi-Tea bersama pemimpin Veteran MAYC Pusat akan menyusul.

Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia akan hadir untuk memberi ucapan.

Semua pertanyaan mengenai program ini bolehlah ditujukan kepada Hj Alias Mustaffa 012 983 7784.

Advertisements

SEMINAR SEKATA DI PENANG

Telah dipersetujui semalam untuk mengadakan dua seminar pada 3 dan 4 November 2012. Satu di Balik Pulau dan berikutnya di Butterworth.

Haji Ramli Din, Pengerusi Veteran MAYC Pulau Pinang berkata, Seminar ini akan mendapat kerjasama PIBG sekolah-sekolah yang berkenaan.

Satu penceramah dari PDRM juga akan dijemput untuk memberi ceramah mengenai usaha-usaha pihak Polis untuk mengurangkan jenayah dinegara ini.

Peserta seminar juga akan berpeluang mendengar nasihat dan tunjuk ajar mengenai pencegahan jenayah dari tiga orang penceramah dari Ibu Pejabat LKPPN.

Tiap-tiap satu program akan dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada ibu bapa dikawasan-kawasan tersebut.

Semua pertanyaan mengenai seminar ini boleh ditujukan kepada Haji Ramli di talian 012 553 7174

SEMINAR BERHASIL

Seminar Pencegahan Jenayah yang bertemakan Keselamatan Keluarga Tanggung Jawab kita telah berjaya menarik 100 orang peserta yang terdiri dari kalangan ibu bapa.Program yang diadakan pada sabtu 15hb September 2012 di Dewan Masyarakat Taman Batu Muda, Kuala Lumpur ini adalah anjuran Kelab Veteran MAYC Wilayah Persekutuan dengan kerjasama NCWO, dan LPPKN

Seminar ini bermula pada jam 9.00 pagi dan tiga ceramah mengenai berbagai aspek pencegahan jenayah telah disampaikan oleh Puan Fauziah Hanim binti Yahya (Pegawai Penerangan Ibu Pejabat LPPKN), Encik Chua Ching Chun dan Dr Zuhrah Musa (Pegawai Perubatan LPPKN).

Seminar ini telah dapat meningkatkan lagi taraf kesedaran dikalangan masyarakat tentang perlunya dicegah berlakunya jenayah dimana-mana.

Program yang lebih dikenal sebagai SEKATA ini akan ditutup oleh Datuk Nasir Safar, Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia.Dalam ucapannya Datuk Nasir menggesa semua ibu bapa mempastikan rumah tangga mereka selamat dari kejadian jenayah dan anak-anak mereka tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.

SEMINAR PENCEGAHAN JENAYAH

Kelab Veteran MAYC Wilayah Persekutuan dengan kerjsama NCWO akan menganjurkan Seminar Pencegahan Jenayah pada sabtu 15hb September 2012 di Dewan Masyarakat Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Seminar ini akan bermula pada jam 9.00 pagi dan akan dihadiri oleh 200 orang peserta dari kawasan Batu Muda dan Batu Caves. Tiga ceramah mengenai berbagai aspek pencegahan jenayah akan disampaikan oleh beberapa orang penceramah dari Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Wanita.

Seminar ini diharap akan dapat meningkatkan lagi taraf kesedaran dikalangan masyrakat tentang perlunya dicegah berlakunya jenayah dimana-mana.

Program yang lebih dikenal sebagai SEKATA ini akan diresmikan oleh Datuk Nasir Safar, Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia.

Yang ingin menghadiri seminar ini tetapi belum lagi mendaftar bolehlah berhubung terus dengan Pengerusi Penganjur, Datuk Mohd Yusoff Hamid di talian 012 3783555.

SAMBUTAN HARI WARGA EMAS KEBANGSAAN

Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan akan diadakan pada 1hb Oktober pada tiap-tiap tahun sesuai dengan pengistiharan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 yang telah menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa.

Kerajaan Malaysia juga telah mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992 sebagai Hari Warga Emas Kebangsaan sesuai dengan Akta yang berkaitan:

Akta Orang-Orang Papa 1977 (Akta 183)
Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)

Untuk itu Kerajaan juga telah mewujudkan Dasar / Pelan Yang Berkaitan:

(1) Dasar Warga Emas Negara
(2) Pelan Tindakan Dasar Warga Emas Negara

Untuk melaksanakan dasar ini kaedah berkaitan adalah digunakan:

Kaedah-Kaedah Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983
Kaedah-Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang-Orang Papa 1981
Kaedah-Kaedah Rumah-Rumah Pesakit Melarat 1978

PROGRAM CELEK I.T. DIKELANTAN

Seramai 20 orang Veteran MAYC Kelantan akan mengikuti program latihan “celek IT” di Bachok mulai esok 6hb September 2012.

Program dua hari itu akan diadakan di Pusat Jalur Lebar Komuniti Cabang Tiga Melawi, Bachok dan akan dikelolakan oleh Pengurusnya dibawah tajaan Suruhanjaya Multi Media Malaysia.

Proram latihan ini akan membolehkan peserta menggunakan internet untuk semua urusan harian serta menyertai media sosial saperti facebook dan sebagainya. Peserta juga akan boleh membuka blog mereka sendiri sebaik sahaja selesai dilatih dalam bab ini.

Kelab Veteran MAYC Negeri yang belum lagi dapat menganjurkan program ini diminta untuk segera menetapkan tarikh dan tempat program ini hendak diadakan.

PUSAT LATIHAN BAKERI

Pengerusi Wanita, Maznah Abdullah telah membuat lawatan kerja ke Medan hujung minggu lalu untuk meninjau dan mempelajari cara-cara mendirikan sebuah pusat bagi melatih veteran MAYC membuat berbagai jenis kek dan kueh.

Rombongan beliau yang terdiri dari Fieyna Rahman, Zarinda Zamel dan Taib Wahab telah menghabiskan masa di Jalan Majapahit untuk meninjau beberapa kedai kek lapis legit dan bika ambon terutama sekali yang diusahakan oleh Hajjah Mariani di kedai Zulhaikha.

Mereka sempat berbincang dengan Bapak M Eldi, anak tuan punya usaha itu untuk dapat mempelajari selok belok penrusahaan pembikinan kek lapis.

Diatas saranan Bapak Eldi, rombongan sempat berkunjung ke Pusat Latihan Membuat Kueh dan Masakan YULIA di Jalan Taruma, dan berbincangan sendiri dengan Ibu Yuliana, pengusaha pusat latihan tersebut.

Ibu Yuliana telah menawarkan untuk memberi latihan asas kepada veteran MAYC sebagai pemula projek Pusat Latihan Bakeri yang akan didirikan oleh Kelab Veteran MAYC di Pulau Pinang tidak lama lagi.