VETERAN NEGERI KELANTAN TERUSKAN PERJUANGAN

Disatu perjumpaan Jawatankuasa Negeri Kelantan, Veteran MAYC dibawah pimpinan Dato’ Abdul Halim Hamad, beberapa program telah dikenalpasti sebagai wadah perjuangan kelab ini.

Ini termasuklah mengadakan program celek IT, seminar peningkatan ilmu dan menghidupkan semula bengkel latihan untuk wanita di PCB.

Perjumpaan yang diadakan semalam di Restoran Hayaki, Kota Bharu, Kelantan ini dihadiri oleh 16 orang bekas pemimpin MAYC yang masih sihat dan bersemangat untuk meneruskan perjuanganmembela nasib masyarakat.

Turut hadir diperjumpaan tersebut adalah Setiausaha Agung Kelab Veteran MAYC, Taib Wahab dan Haji Sulaiman Ismail, Penashat Khas YB Menteri Pelancongan Malaysia.

Dato Abdul Halim Hamad berazam untuk terus berjuang memberi kesejahteran kepada bukan sahaja bekas pemimpin MAYC di Kelantan, malah semua warga emas di Kelantan yang perlu pembelaan.

Perjumpaan hampir dua jam itu juga memberi peluang kapada yang hadir untuk mengimbau semula pengalaman dan peristiwa semasa memimpin kelab, daerah dan bahagian negeri MAYC.

Advertisements