PUSAT LATIHAN BAKERI

Pengerusi Wanita, Maznah Abdullah telah membuat lawatan kerja ke Medan hujung minggu lalu untuk meninjau dan mempelajari cara-cara mendirikan sebuah pusat bagi melatih veteran MAYC membuat berbagai jenis kek dan kueh.

Rombongan beliau yang terdiri dari Fieyna Rahman, Zarinda Zamel dan Taib Wahab telah menghabiskan masa di Jalan Majapahit untuk meninjau beberapa kedai kek lapis legit dan bika ambon terutama sekali yang diusahakan oleh Hajjah Mariani di kedai Zulhaikha.

Mereka sempat berbincang dengan Bapak M Eldi, anak tuan punya usaha itu untuk dapat mempelajari selok belok penrusahaan pembikinan kek lapis.

Diatas saranan Bapak Eldi, rombongan sempat berkunjung ke Pusat Latihan Membuat Kueh dan Masakan YULIA di Jalan Taruma, dan berbincangan sendiri dengan Ibu Yuliana, pengusaha pusat latihan tersebut.

Ibu Yuliana telah menawarkan untuk memberi latihan asas kepada veteran MAYC sebagai pemula projek Pusat Latihan Bakeri yang akan didirikan oleh Kelab Veteran MAYC di Pulau Pinang tidak lama lagi.

Advertisements