HALAL BI HALAL

Halal bi Halal adalah suatu bentuk ungkapan khusus pada waktu dan tempat tertentu sebagai pengganti dari kata Silatur-Rahim pada kedua hari raya Islam yang telah membudaya di beberapa Negara di Asia Tenggara khususnya Indonesia. Malangnya di Malaysia ungkapan ini tidak pernah digunakan. Kita lebih senang dengan menggunakan “Majlis Aidil Fitri” atau “Majlis Rumah Terbuka Raya”

Jika kita kembali pada sejarah Islam, sejak zaman Rasulullah SAW, sahabat, para tabi’ dan tabi’ tabi’in bahkan hingga hari ini, maka kita tidak akan mendapatkan istilah Halal bi Halal kecuali Silatu Rahim. Meskipun Istilah Halal bi Halal ini berasal dari bahasa Arab yang berarti “Halal dengan yang halal” atau “sama-sama saling menghalalkan” atau kadang pula diertikan dengan “saling maaf memaafkan/saling menghalalkan dosa masing-masing” namun terdapat perbedaan pemahaman di kalangan orang Arab itu sendiri (ashab al-lughah) terhadap penggunaan dan maksud dari istilah ini.

Apabila sesuatu istillah itu digunakan dengan salah maka maksud dan tujuan majlis pun mungkin tersalah. Sempena masuknya minggu ketiga bulan Syawal, tidak keterlaluan jika tajuk ini disentuh untuk supaya majlis ugama saperti ini tidak disalah ertikan.

Terutama sekali di Malaysia, majlis-majlis saperti ini hanya untuk berbagai tujuan tetapi tidak untuk bermaaf-maafan. Ianya banyak digunakan untuk tujuan politik dengan kosnya juga kadangkala dibiayai oleh Kerajaan. Daripada majlis untuk beberapa orang sahabat handai kepada ribuan tetamu yang dianjurkan oleh parti politik, “halal bi halal” masih belum lagi dapat diperkenalkan diMalaysia.

Begitu juga keadaannya dengan masjid-masjid dan surau-suarau kita yang sekarang ini sudah agak lengang dan para jemaah sudah amat berkurangan berbanding dengan pada malam pertama menyambut Ramadhan, solat jumaat dan solat sunat Hari Raya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: