BERJUANG DIHUJUNG USIA

Mengulas tentang majlis perjumpaan Veteran MAYC di SRA ( MAIM) Kg Tedung, Merlimau Melaka pada 25hb Ogos yang lalu, Haji Anuar Ujang Setiausaha, Veteran MAYC Negeri Sembilan berkata “Perhimpunan bekas pemimpin MAYC menimbulkan nostalgia kepada perjuangan yang lepas dimana pemimpin MAYC ketika itu berjuang dengan ikhlas tanpa apa-apa agenda lain selain daripada mengukuhkan ukhwah dan siratulrahim.”

Tambah beliau “Teruskan perjuangan walaupun sudah dihujung usia.” Ini adalah pesanan yang sangat berkesan kepada kita yang masih sihat dan berupaya untuk terus memberi khdimat tanpa batasan umur.

Kelab Veteran MAYC Negeri Sembilan dibawah pimpinan Datuk Ibrahim Che Mat ( orang Jelebu) adalah contoh yang terbaik.Pada tahun ini sahaja kelab ini dapat mengadakan Mesyuarat Agungnya dan menganjurkan program celek IT Pusat Jalur Lebar Komuniti di Kg Lonek.

Dalam perancangan juga Kelab ini akan mengadakan perjumpaan Hari Raya di salah sebuah hotel di Jelebu pada 15hb September 2012 dan bercadang untuk menganjurkan lawatan keluar negara dengan belanja sendiri.

Di Negeri Sembilanlah bekas pemimpin dan ahli MAYC terus bergerak untuk melestarikan semangat muda dan jiwa perjuangan. Tahniah.

One Response

  1. Banyak pimpinan berkualiti dikalangan pemimpin dunia yang telah berusia telah dibuktikan. Contohnya Mahat Maghandi (India). Ayotullah Rohulah Khomeini (Iran),Nelson Mandela(Afrika Selatan). Mereka berjaya mengembalikan kedaulatan bangsa mereka dari penjajahan dan kezaliman ketika mereka bukan lagi muda. Walaupun ahli veteran ini tidak sekuat dan segagah orang-orang muda dari segi fizikal tetapi dari segi mentalnya mungkin mereka lebih berkualiti daripada orang-orang muda.

    Jadikanlah ini renungan wahai ahli-ahli veteran. SELAMAT HARI MERDEKA KE 55. – Anuar Ujang SU Kelab Veteran MAYC N.Sembilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: