BUDAYA RUMAH TERBUKA

Saperti juga majlis berbuka puasa, rumah terbuka sempena Aidil fitri ada baik dan buruknya. Rumah Terbuka oleh pembesar negara dihadiri oleh ribuan rakyat yang mahu bersalaman dengan pemimpin politik. Mustahil dapat peluang berkata-kata dalam masa yang begitu singkat sekali. Kalau dapatpun hanyak diantara dengar dan tidak.

Bagi rakyat biasa inilah peluang untuk berjumpa dengan pemimpin mereka dan dapat merasi berbagai juadah yang disediakan dan dibiayai oleh Kerajaan. Ada juga yang tidak melepaskan peluang untuk menerima duit raya.

Majlis rumah terbuka saperti ini dirasakan dapat memupuk semangat persaudaraan dikalangan rakyat sesuai dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan integrasi nasional.

Malangnya diperengkat rakyat biasa majlis rumah terbuka agak terbatas kepada kawan-kawan rapat sahaja dan yang berkerja sepejabat. Oleh yang demikian mustahil bagi sesiapa yang mahu menghadiri rumah terbuka kecuali mereka dijemput. Dengan itu terbataslah konsep rumah terbuka itu kerana bukan semua orang dijemput hadir untuk bersaliturahim.

Semakin kita menuju kemodenan, budaya saperti ini lambat laun akan terhakis juga, kerana masyarakat akan lebih mahu bergaul dalam lingkungan mereka sendiri dan tidak berminat untuk bersama orang lain kecuali mereka mempunyai tujuan politik. Malang sekali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: