STATUS QUO MAYC

Dari perbincangan yang diadakan semalam bersama President MAYC Kebangsaan Hasri Mohd Hadzir semalam ternyata keadaan di MAYC Kebangsaan adalah status quo memandangkan hanya 350 buah kelab sahaja yang berada dalam daftar pergerakan itu sekarang.

Ini adalah disebabkan beberapa faktor terutama sekali peralihan pendaftaran dari ROS kepada ROY dan juga semasa penyerahan fail-fail kelab dari pimpinan Syed Hamid Albar kepada pimpinan sekarang hanya 270 buah kelab sahaja yang dapat diserahkan. Tidak diketahui dimana beradanya fail-fail yang lain.

Perkara ini amat memeranjatkan Timbalan Presiden Veteran MAYC, Datuk Yusoff Hamid yang mengesahkan sebanyak 1500 buah kelab berada dalam senarai MAYC sewaktu beliau menjadi Setiausaha Agung sepuluh tahun yang lalu.

Ini bererti bahwa proses peralihan dari ROS dan ROY telah banyak membuat kerosakan kepada pergerakan MAYC. Dari aspek ini Kerajaan telah berhasil mengurangkan kehebatan MAYC dari segi banyaknya kelab gabungannya.

Terpulang kepada pimpinan MAYC yang sekarang untuk melakukan sesuatu bagi memulihkan keadaan dan tidak lagi melucutkan serta menidakkan hak kelab-kelab gabungan yang sedia ada.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: