BERSAMA JKK MAYC KEBANGSAAN

Timbalan Presiden Datuk Mohd Yusoff Hamd bersama Taib Wahab, Ruslan Zainal Abidin, Maznah Abdullah dan Datuk Hamzah Kassim telah berbuka puasa bersama perwakilan MAYC Kebangsaan yang malangnya hanya terdiri dari Presidennya Mohd Hasri Hadzir dan tiga orang kakitangan sekretariat MAYC di Royal Selangor Club, Kuala Lumpur.

Tidak diberitahu pula kenapa Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha Agungnya tidak hadir sama saperti yang dijanjikan

Kesempatan itu walau bagaimanapun diambil untuk berbincang mengenai perkembangan MAYC Kebangsaan dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

Malangnya tidak banyak yang diperolehi dari Presiden yang baru dilantik kerana masih menguruskan beberapa hal asas dalam MAYC. Begitu juga dengan soalan kami mengenai kedudukan Wisma Belia. Menurut Presiden MAYC itu hal ini adalah perkara dalaman MAYC dan tidak perlu diberitahu umum termasuk Veteran MAYC. Walau bagaimana pun kami difahamkan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah memberi potongan sehingga RM 3 juta untuk melangsaikan hutang MAYC kepada Prokhas. Tetapi tidak jelas pula kaedah pembayaran balik jumlah itu.

Ini merupakan kali pertama perjumpaan Kelab Veteran MAYC dengan MAYC Kebangsaan.

Dan sekiranya beginilah sikap dan kepedulian MAYC Kebangsaan tentang pergerakan mereka sendiri kita tidak yakin ada sebarang perubahan dalam pergerakan MAYC dimasa muka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: