BERSAMA MENTERI BELIA DAN SUKAN

Telah berlansung semalam, satu perjumpaan bersama Menteri Belia dan Sukan, Dato Sri Shabbery Chik di pejabat beliau di Menara KBS Putrajaya. Turut hadir di perjumpaan satu jam tersebut adalah Pendaftar Pertubuhan Belia dan seorang pegawai khas Menteri.

Kelab Veteran diwakili oleh Timbalan Presiden Datuk Yuosff Hamid, Maznah Abdullah dan Taib Wahab.

Kesempatan itu diambil untuk membincangkan beberapa isu belia termasuk kedudukan MAYC Kebangsaan pada masa ini dan Menteri telah memberi jaminan akan berjumpa dengan Presiden MAYC yang baru dilantik dan kelompok Akramsyah Sanusi secara berasingan sedikit masa lagi dalam usahanya untuk meleraikan permasaalahan yang sedang dihadapi oleh MAYC Kebangsaan.

KVMM telah menawarkan diri untuk menjadi mentor dan berkongsi pengalaman dalam mana-mana program untuk belia yang dianjurkan oleh Kementerian. erkara ini telah disambut baik oleh Menteri.

Satu kesepakatan juga telah tercapai untuk menurunkan lagi taarif belia kepada yang berumur 25 tahun kebawah dan pergerakan belia tidak lagi harus terlibat dalam  kegiatan  perniagaan. Ini untuk membolehkan pergerakan belia menumpukan perhatian mereka kepada melatih belia-belia menjadi pemimpin dimasa akan datang dan juga menerapkan nilai-nilai murni dikalangan yang amat diperlukan negara pada masa ini.

KVMM mengambil kesemptan ini untuk menggucapkan berbanyak terima kasih kepada Menteri kerana amat perihatin tentang perkembangaan MAYC pada masa ini

AhmadShaberyCheek.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: