PERKHIDMATAN KERAJAAN 1MALAYSIA

Sebahagian besar atau 90 peratus daripada perkhidmatan kerajaan akan disediakan secara online menjelang 2015, kata Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Mohamad Zabidi Zainal.

Katanya, perkara itu ditetapkan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu dicapai sejajar dengan usaha tranformasi perkhidmatan sedia ada kepada perkhidmatan online dengan menggunakan sepenuhnya kepesatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Berucap pada seminar pemantapan perkhidmatan awam berkaitan perkhidmatan online kerajaan di sini hari ini, beliau berkata, dengan perencanaan dan pelaksanaan ICT yang sempurna, ia akan membolehkan perkhidmatan dapat ditawarkan lebih dekat kepada rakayt serta boleh dicapai dengan cepat, mudah dan mesra.

Beliau berkata, penggunaan sistem online dalam perkhidmatan awam adalah positif dan kajian berkaitan ICT yang dilakukan tahun lalu mendapati 35 peratus perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan dilakukan secara online.

“Walaupun kajian menunjukkan indikator positif berkaitan transformasi digital sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berasa selesa.” katanya pada seminar sehari yang dihadiri lebih 300 penjawat awam dari Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Mohamad Zabidi berkata, usaha perlu sentiasa dipertingkatkan untuk merealisasikan transformasi digital ini semaksimum mungkin khususnya dalam sektor awam.

Katanya, bagi memastikan agensi berada di landasan transformasi yang betul, Mampu telah melaksanakan program penarafan bintang untuk menilai prestasi agensi-agensi perkhidmatan awam terutama dalam sistem penyampaian sejak 2008.

Ia juga sebagai pengiktirafan kepada agensi yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi selain menggalakkan persaingan sihat antara agensi dalam mengamalkan pengurusan yang berkesan.

“Kesan pelaksanaan penarafan bintang menunjukkan perubahan ketara iaitu daripada hanya satu kementerian yang mencapai taraf lima bintang pada 2008, melonjak kepada lapan kementerian pada 2010,” katanya.

Dipetik dari BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: