HARI PERTAMA BULAN OGOS

Bulan Ogos adalah bulan yang paling bermakna bagi kita rakyat Malaysia kerana pada bulan ini adalah bulan Kemerdekaan dan rakyat yang berugama Islam akan menyambut hari kemenangan iaitu 1 Syawal pada 19hb.

Kesemua perayaan ini akan disambut berasaskan Gagasan 1Malaysia yang merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencapai yang terbaik untuk negara.

Perdana Menteri pernah berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain kerana ianya  mengutamakan keadilan sosial untuk semua kaum dan penduduknya. Simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu didukung dan disayangi oleh rakyat.

Simbol yang  sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia adalah penyampai pesan ” the Malaysian dream”

Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan dan NGO perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan sukan  untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia.

Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu berkerja keras dan memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: