PRESIDEN MAYC KEBANGSAAN

Pada 16hb Julai yang lalu di Majlis Mesra MAYC Veteran telah diperkenalkan pemimpin baru MAYC Kebangsaan yang bernama Mohd Hasri Hadzir berasal dari Kedah, seorang Timbalan Pengarah di Biro Tata Negara, dan telah dilantik pada 7hb Julai 2012 di mesyuarat agung tahunan MAYC di Wisma Belia, Kuala Lumpur.. Tokoh ini yang mempunyai sosok yang agak sederhana akan menjadi menjadi Presiden MAYC yang ke enam sekiranya segala isu yang berkaitan dengan kesahihan MAT tersebut dapat dibereskan dengan baik.

Dalam ucapannya pada Majlis Mesra tersebut, Mohd Hasri memberi jaminan bahwa semua pihak akan dibawa berbincang untuk menyelesaikan berbagai isu dalaman MAYC. Beliau juga menambah beberapa pembaharuan akan diperkenalkan dalam MAYC termasuk mengadakan program-program yang akan memberi faedah secara langsung kepada ahli.

Walau bagaimanapun beliau tidak langsung menyebut tentang Wisma Belia sungguhpun kita telah diberitahu terdahulu dari itu bahwa Abu Bakar Shawkat Ali sudah pun dipecat dan tidak lagi menguruskan Wisma Belia. Adalah diharapkan Wisma Belia dapat diuruskan sendiri oleh JKK MAYC Kebangsaan dan segera dapat melunaskan hutang dengan Prokhas Sdn Bhd, syarikat yang menanggung aset ini.

Photo: MAJLIS MESERA MAYC VETERAN NEGERI KEDAH  dan  Perasmian MAYC  Veteran  olih  Presiden MAYC Veteran Kebangsaan Datuk Nasir Safar II hadir sama Timbalan Presiden Dato Yusof Hamid Setiausaha Agung Sdr.Taib Wahab, Ketua Wanita  Puan Maznah. Pengerusi MAYC Vetran Negeri Kedah. YB. Dato' Hj. Ahmad Zaini bin Japar ADUN Bukit Kayu Itam tidak ketinggalan Presiden Mayc Kebangsaan dan memberi uchapan Sdr.Mohd Hasri bin Mohd Hadzir

One Response

  1. Tahniah Sdr Presiden…..kami sentiasa berada dibelakang Presiden…..Terima Kasih juga kpd Veteren MAYC……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: