Buat pertama kalinya di Malaysia telah diadakan majlis anugerah Ikon Media Sosial untuk mengiktiraf tokoh-tokoh dan aktivis media sosial diMalaysia.
Seramai 300 orang telah hadir dimajlis ini yang telah dianjurkan di Restoran Nelayan Taman Tasik Titiwangsa pada 18hb Julai 2012 oleh TEH TARIK BERSAMA YB dengan Kerajaan Negeri Melaka.
Mewakili KVMM adalah Taib Wahab, Setiausaha Agung yang sempat berbual dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengenai peranan media baru dalam pergerakan NGO.
Berbagai kategori anugerah telah disampaikan kepada beberapa individu dan organisasi yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan media sosial di negara ini.

Advertisements
Filed under: Uncategorized |
Leave a Reply