MAJLIS MESRA VETERAN MAYC KEDAH

Seramai 300 orang veteran MAYC  Negeri Kedah telah menghadiri satu perjumpaan hari ini di Hotel Regency, Alor Setar, Kedah. Majlis yang bermula pada jam 4.00 petang itu juga dihadiri ramai tokoh pimpinan MAYC veteran dan MAYC Kebangsaan yang diketuai oleh Presiden yang baru dilantik Mohd Hasri Hadzir.

Dalam ucapan aluannya Pengerusi Veteran MAYC Kedah YB Dato Hj Ahmad Zaini Japar berkata kehadiran yang begitu ramai pada hari ini jelas menunjukkan semangat kuat yang masih ada pada veteran MAYC Kedah yang telah bersama-sama bergerak dalam MAYC sejak dulu dan tidak pernah memasuki pergerakan belia yang lain kecuali MAYC. Beliau berharap semangat saperti akan terus ada pada mereka dimajlis-majlis akan datang.

Datuk Nasir Safar, Presiden KVMM ketika berucap berkata majlis hari ini mencerminkan masih wujudnya aspirasi lama dikalangan veteran MAYC. KVMM akan terus memikirkan bagaimana hendak menghadapi berbagai dimensi pembangunan terutama sekali dalam soal memelihara perpaduan negara.

Sistem pembangunan negara sekarang, tambahnya, memerlukan kekuatan semangat yang akan mendorong perpaduan kaum yang juga perlu dipertahankan.

Dibawah gagasan 1Malaysia, negara ini mempelupuri watasiah dunia iaitu kesederhanaan membina tamaddun dunia.

KVMM, katanya akan terus menggalakkan ahlinya mempunyai prestasi tinggi, ketepatan waktu, berilmu serta berintigeriti.

KVMM akan mengadakan perjumpaan tidak lama lagi bersama dengan pimpinan baru MAYC Kebangsaan untuk mencari jalan penjelesaian kepada berbagai isu yang sedang melanda pergerakan ini.

Beliau juga mengumumkan bahwa perjumpaan idil fitri tahun ini akan diadakan di Kedah dan berharap JKK Veteran Kedah akan dapat menetapkan tarikh, tempat dan sebagainya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: