KURSUS ICT PERTAMA

Seramai 10 orang Veteran MAYC telah menghadiri kursus satu hari mengenai ICT dan media baru di Pusat Jalur Lebar Kommuniti di Felda Air Hitam, Kluang, Johor semalam. Program bersama SKMM itu adalah yang pertama dalam siri program jelajah seluruh negara yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.

Peserta peserta yang hadir sebelum ini mempunyai pengetahuan terbatas tentang penggunaan internet. Setelah mengikuti program ini sepanjang hari mereka sudah boleh menggunakan emel dan facebook. Walau bagaimanapun mereka merasakan bahwa program satu hari tidak mencukupi untuk mengetahui segala selok belok internet.

Semasa menutup program tersebut, Taib Wahab, Setiausaha Agung Kelab Veteran telah menganjurkan supaya program-program lanjutan diadakan untuk membolehkan pengguna internet faham tentang menggunakan teknologi siber secara beretika. Ini adalah untuk mempastikan pengguna internet berhemah semasa bertukar-tukar maklumat dan pendapat dalam media sosial. Dengan cara ini kita boleh memupuk semangat perpaduan dan muhibbah dikalangan pengguna internet.

Program selanjutnya akan diadakan pada Jumaat 29hb Jun 2012 jam 9.00 pagi di Dewan Serbaguna, Kg Sri Bunian, Jalan Md Yakin Barat, Pontian, Johor.

One Response

  1. Ingin saya kemukakan pertanyaan, apa dah jadi dengan Kelab Veteran MAYC Pulau Pinang. Selepas berjumpaann tempoh hari pihak penaja terus mendiamkan diri tanpa apa-apa berita. Adakah ini satu gimik ataupun pihak berkenaan mempunyai agenda tertentu disebalik penubuhan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: