MEMBANGUNKAN SAHSIAH DIRI

oleh:   padinno.com

Sifat peribadi dalam konteks mengenal diri amat kompleks. Ingin mencapai prestasi terbaik merupakan suatu perkara yang perlu di bangunkan dalam diri sendiri, dan bukan dari desakan pihak lain. Kesedaran perlu datang dengan sendiri, dan jika perlu di bantu ia adalah pada tahap minima.

Kepentingan pembangunan sahsiah diri bukan sahaja baik untuk peribadi diri, malah juga persepsi masyarakat sekeliling. Ini boleh di bina, di bangunkan dan ia merupakan kelebihan dalam apa jua tujuan.

Sebagai contoh terdekat, calon temuduga selain mempunyai kemahiran dalam bidang kerja yang di pohon, mereka juga perlu ada softskill dan sikap yang terpuji. Elemen pengurusan masa, disiplin, komunikasi, berdikari dan keyakinan diri turut diambilkira.

Kebanyakan dari kita masih belum sedar apakah kepentingan sebenar elemen – elemen ini dan bila ia akan digunakan. Mengambil mudah dan memandang enteng tentang hal – hal sebegini boleh mengundang permasalahan kelak.

Justeru, pembangunan sikap dan sahsiah ini perlu di bentuk sejak dari awal supaya ia sebati dengan diri kita. Individu yang sedar akan hal ini, akan cuba memperbaiki sedaya upaya supaya menjadikan diri mempunyai kelebihan berbanding yang lain.

Jika dilihat, dalam program pembelajaran semua aspek dan elemen ini telah diserapkan, samada kita sedar atau tidak. Disiplin dalam menjaga masa, pengurusan diri serta berkomunikasi dengan baik merupakan elemen terpenting dalam pembangunan diri.

MAYC disemua perengkat harus mengadakan bengkel pembangunan sahsiah untuk ahli-ahlinya. Elemen – elemen yang penting perlu diserapkan dalam silibus pembelajaran dan ini akan dinilai bagi menentukan prestasi semasa peserta.

Apa yang di harapkan melalui bengkel tersebut, peserta yang telah tamat pengajian akan menggunakan kemahiran yang ada tidak kira dari segi kemahiran teknikal atau kemahiran kemanusiaan dalam menjalankan tugas atau kerja kelak.

Pengalaman akan mengajar kita untuk memperbaiki diri kita yang dahulu. Bangunkan sahsiah diri, agar kita berada setapak di hadapan berbanding orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: