MAYC YANG BERSATU

Untuk bersatu perlu ada saling memahami dan menghormati satu sama lain. MAYC tidak tercuali dalam hal ini. Sejak ianya ditubuhkan oleh Mubin Sheppard pada tahun 1953, MAYC menjadi pletfom yang berkesan untuk mewujudkan perpaduan dikalangan belia berbilang bangsa dinegara ini.

Banyak kelab belia yang ditubuhkan berdasarkan perkauman telah menjadi ahli gabungan MAYC untuk menanamkan rasa saling menghargai satu sama lain dikalangan ahli-ahli mereka. Program-program yang dijalankan pada waktu itu adalah menjurus kepada menjalin perpaduan kaum bukan sahaja dikawasan bandar malah diluar bandar juga.

MAYC telah mempelopori banyak program belia dan khidmat masyarakat yang amat sejajar dengan Gagasan 1Malaysia. Oleh itu tidak asing bagi kita untuk memainkan peranan ini dalam semua kegiatan kita, termasuk diperengkat Veteran.

Legasi ini harus terus dilanjutkan dan menjadi asas perjuangan pergerakan MAYC untuk tahun-tahun mendatang. Pemimpin MAYC yang ada sekarang hendaklah sedar tentang hal ini dan harus menyusun semula barisan dikalangan mereka untuk terus memberi bakti kepada bangsa Malaysia dan masyarakatnya. Jangan ada kepentingan peribadi dan agenda tersendiri semasa memimpin MAYC.

Veteran MAYC amat yakin kemelut yang berlaku pada MAYC sekarang ini akan segera dapat diselesaikan dengan campur tangan Kementerian Belia dan Sukan.

akan memacu belia yang hebat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: