KEARAH PENYATUAN MAYC

Sementara menantikan mesyuarat agung yang dijadualkan pada 7hb Julai ini atas arahan YB Menteri Belia dan Sukan, berbagai usaha sedang dijalankan oleh kedua belah pihak yang bertelagah.

Klompok Mustafa Mat Arop yang gagal mengadakan mesyuarat agung pada bulan Mach lalu,  sedang sibuk mengambil alih MAYC Kawasan dan Negeri yang dirasakan tidak akan menyokongnya pada MAT yang akan datang. Ini termasuklah kawasan-kawasan yang negeri yang sudah pun mengadakan mesyuarat agung masing-masing sesuai dengan arahan Menteri.

Pihak Akhramshah pula sedang menyusun barisan untuk menghadapi mesyuarat agung 7hb Julai ini walau pun menghadapi berbagai masaalah kerana tidak mendapat akses kepada Ibu Pejabat MAYC. Untuk mendapatkan penyokongnya datang ke Kuala Lumpur pada tarikh tersebut juga bukan perkara yang mudah kerana ini memerlukan belanja yang tinggi dan menguruskan hal-hal logistik ketika berada di ibu kota dan adanya risiko mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan mesyuarat olih kelompok Mustafa Mat Arop.

Oleh sebab itu Veteran MAYC amat mengharapkan jasa baik dan budibicara Kementerian Belia dan sukan melalui TKSUnya untuk mempastikan semua pihak dibenarkan datang ke MAT ini untuk bersuara dan memilih, sesuai dengan sistem demokrasi yang diamalkan dinegara ini.

Kita yakin Kementerian Belia dan Sukan akan adil dan saksama dalam hal ini. Kepada KBSlah kita serahkan masa depan, hidup matinya MAYC.

One Response

  1. sememangnyer harapan menggunung agar kemelut mayc dpt diselesaikan dengan baik dan segera…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: