SKUAD SUKARELAWAN MUDA

Pada 26hb Mei lalu pelancaran Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN) berlangsung dengan jayanya sempena Himpunan Jutaan Belia diPtrajaya dengan kehadiran sukarelawan muda daripada beberapa buah badan pertahanan awam seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ), RELA dan Sukarelawan Siswa Siswi ( SUKSIS ) dari pelbagai universiti di negara ini.

Laungan ‘We Want Peace’ daripada sukarelawan belia menyambut ketibaan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, serta tetamu-tetamu kehormat yang lain mengegarkan suasana di kawasan ini. Diantara aktiviti lain yang ada di booth KDN ialah promosi jualan dan pameran yang diadakan oleh agensi yang terlibat.

Acara dimulakan dengan aktiviti Senam seni 1 Malaysia yang dibawa khas oleh Jabatan Penjara Malaysia dan persembahan daripada skuad 1 Malaysia, Skuad Shuffle. Semangat membara yang ditunjukkan anggota sukarelawan ini membuktikan bahawa gerakan kesukarelawan di negara ini masih relevan dan mampu menjadi aset penting kepada pembangunan negara.

Malangnya tidak kelihatan penyertaan dari peserta program PLKN yang setakat ini sudah melatih ratusan ribuan belia.

DSC_0159
Apakah tidak sepatutnya pelatih PLKN termasuk dalam Skuad Sukarelawan  yang akan bertugas apabila negara kita diserang musuh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: