BERSAMA PROF. DR CHANDRA MUZAFFAR

Yayasan 1Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan Kerajaan yang menjadi jambatan antara etnik untuk mencapai perpaduan negara. Ditubuhkan pada bulan Julai 2009 oleh pengasasnya Prof. Dr Chandra Muzaffar, Yayasan ini menyokong Gagasan 1Malaysia yang berusaha melestarikan keadilan untuk semua rakyat Malaysia dan mewujudkan rasa saling hormat menghormati antara kaum.

Undangan yang diterima untuk menghadiri makan tengah hari semalam bersama pengasasnya adalah satu penghormatan besar bagi Kelab Veteran MAYC yang diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Taib Wahab. Kesempatan itu diambilnya untuk bertukar fikiran mengenai beberapa isu semasa terutama sekali Gagasan 1Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Datuk A Kadir Jasin, Syed Akbar Ali, Syed Azidi KICKDEFELLA, Haji Zainol Abideen dan beberapa orang aktivis media baru yang lain.

Prof Chandra dalam kata-kata sambutannya amat yakin Gagasan1Malaysia ini akan tercapai sekiranya rakyat dari semua gulungan dapat memahami dan menghayatinya, terutama sekali bermula dari anak-anak dibangku sekolah. Oleh itu Yayasan 1Malaysia sedang aktib menjalankan program kewarganegaraan disekolah-sekolah termasuk mengadakan seminar dan persidangan. Seminar untuk ahli-ahli politik muda juga diadakan untuk membolehkan mereka berdailog mengenai berbagai isu semasa tanpa rasa takut dan terbuka.

Mendalami isu-isu perpaduan adalah asas kepada semua perbincangan yang diadakan dengan pemahaman sejarah negara. Untuk itu Yayasan sering menghantar memorandum kepada pemerintah mengenai berbagai perkara untuk tindakan. Sebagai badan bebas dari segi dasar Yayasan akan terus bersuara tanpa rasa takut demi memberikan impak besar kepada kehormonian antara kaum dinegara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: