MEMBAKAR PERLEMBAGAAN MAYC

Pada mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara yang baru lalu seorang ahli MAYC dari Perlis telah memberitahu bahwa pihaknya akan membakar perlembagaan MAYC sekiranya YB Menteri Belia dan Sukan campur tangan dalam urusan MAYC.

Ini adalah satu ugutan yang amat baik dan harus dipuji kerana semasa Tan Sri Syed Hamid Albar memimpin MAYC banyak pindaan telah dibuat yang tidak menguntungkan pergerakan ini.. Malah dibawah pimpinan sekarang telah banyak berlaku salah guna kuasa dan salah tafsiran tentang isi kandungan perlembagaan MAYC sebenar.

YB Menteri membuat keputusan sesuai dengan peruntukan yang terkandung dalam Akta Belia dan rasanya mematuhi peruntukan undang-undang sedia ada. Pihak yang mencabar keputusan ini adalah penentang undang-undang dan tidak seharusnya boleh memimpin mana-mana pertubuhan belia.

Malah dirasakan Kementerian Belia dan Sukan harus mewujudkan satu Jawatankuasa Khas untuk menyiasat berbagai penyelewengan yang telah berlaku sejak MAYC dipimpin oleh Tan Sri Syed Hamid dan sekarang ini Mustafa Mat Arof.

Semua lapisan MAYC harus bangkit untuk menentang penyelewengan ini dan selamatkan MAYC daripada kemusnahan.

One Response

  1. Saya memang bersetuju diatas cadangan agar Kementerian Belia dan Sukan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat berbagai penyelewengan tersebut ttermasuklah sebarang pindaan perlembagaan. Ini kerana setahu saya, MAYC dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid telah cuba menganjurkan Mesyuarat agung khas pindaan perlembagaan pada tahun 2005 tetapi mesyuarat agung tersebut telah ditangguhkan oleh perwakilan. Saya merupakan salah seorang wakil dari MAYC Wilayah Persekutuan yang membahas dan mencadangkan mesyuarat tersebut ditangguhkan. Satu laporan polis juga telah di buat oleh MAYC Wilayah Persekutuan bersama beberapa wakil MAYC negeri-negeri lain terhadap ketidak telusan dan salah laku pemimpin ketika,itu termasuk menyalahgunakan peruntukan perlembagaan dari segi penandatangan akaun MAYC.

    Saya juga sangat berharap agar Kementerian Belia dan Sukan dapat menangani masalah kepimpinan MAYC ketika ini dan menyelamatkan pertubuhan belia yang terulung di negara ini yang telah banyak membantu kerajaan sejak ianya ditubuhkan. Ia juga untuk memastikan ahli-ahli kelab gabungan MAYC di semua peringkat tidak terinaya oleh tindakan pemimpin diperingkat Kebangsaan yang tak bertanggung jawab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: