MAYC DAN AKTA BELIA

Dibawah Akta Belia YB Menteri Belia dan Sukan mempunyai kuasa mutlak untuk campur tangan dalam pertelingkahan yang berlaku pada mana-mana pertubuhan belia terutama sekali apabila mereka gagal mengadakan mesyuarat agung tahunannya. MAYC tidak terkecuali dalam hal ini.

Terutama sekali apabila MAYC itu sendiri gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya saperti yang diarahkan oleh YB Menteri. Kegagalan ini disengajakan untuk melengah-lengahkan proses pemilihan pemimpin yang baru kerana dijangkakan PRU13 akan berlangsung pada bulan Jun ini.

Masing-masing yang memegang jawatan dalam MAYC sedang menantikan untuk dipilih sebagai calun. Malangnya tidak ada khabar mengenai PRU13 dan sekiranya Mesyuarat Agung Tahunan diadakan maka ada kemungkinan yang memimpin sekarang tidak lagi terpilih atau sudah lebih umur.

Keputusan Menteri untuk melantik Jawatankuasa Khas bagi mengendalikan MAT MAYC ini  pada 7hb Julai 2012 adalah wajar dan melantik TKSU Kementerian berkenaan adalah satu langkah yang tepat saperti yang termaktub dalam Akta tersebut.

Dengan perkembangaan ini KVMM yakin krisis kepimpinan MAYC akan segera diatasi. Tahniah KBS.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: