KRISIS MAYC BERLANJUTAN

Setelah gagal mengadakan mesyuarat agung pada bulan lalu, MAYC Kebangsaan dibawah pimpinan Mustafa Mat Aroff, telah diletakkan dibawah satu Jawatankuasa Sementara yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dan dianggotai orang bberapa orang termasuk Penasihat Undang-undang Kementerian.

Tugas utama JKK ini adalah untuk menguruskan Mesyuarat Agung Khas yang akan melantik pimpinan baru MAYC Pusat. Perkembangan ini jelas menunjukkan Mustafa Mat Arof tidak berhasrat dan berupaya untuk benar-benar menghidupkan semula MAYC setelah ianya hampir-hampir dikuburkan dibawah pimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar.

Beginilah terjadinya kepada sesebuah pertubuhan belia apabila pimpinannya hanya mementingkan peluang politik bagi diri mereka sendiri tanpa menghiraukan langsung masa depan MAYC.

Dibawah Jawatankuasa ini satu mesyuarat agung akan diadakan bulan hadapan setelah semua daerah dan negeri MAYC  dapat menganjurkan mesyuarat agung masing-masing.

Sementara itu JKK ini harus memastikan segala perolehan Wisma Belia disalurkan untuk membayar hutang bank dan bukan untuk membayar gaji kakitangan yang tidak lagi berfungsi secara professional dan makan gaji buta sahaja. Semua kegiatan syarikat MAYC seharusnya dibekukan kerana tidak menjalankan sebarang kegiatan perniagaan selain menerima dana dari hasil sewaan bilek di Wisma Belia.

Sama-samalah kita ikuti perkembangan ini pada bulan hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: