IFTAR PERDANA DI UTM

Puasa sunat pada hari Khamis adalah amalan biasa umat Islam dimana-mana. Tetapi bagi mahasiswa Kolej 9/10 UTM Skudai, Johor ianya dijadikan satu program yang amat menarik dan memberi erti yang besar kepada Setiausaha Agung Kelab Veteran, Taib Wahab  dimajlis tersebut semalam.

Beliau telah diundang untuk menjadi tetamu khas di majlis tersebut dan telah menyampaikan plak penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program itu. Beliau ternyata amat teruja dengan susunan program dan cara ianya diuruskan. Semuanya dilaksanakan sendiri oleh para mahasiswa tanpa pemerhatian tenaga pengajar.

Program bermula pada jam 6 petang dengan lebih 500 orang mahasiswa menyertai iftar tersebut untuk mendengar persembahan qasidah. Kesemua peserta duduk diatas lantai dengan 4/5 orang berbuka puasa mengelilingi sedulang makanan yang diisi dengan nasi, gulai ayam dan sayuran. Cara makan begini amat membuka selera dan memberi kemesraan yang sangat kuat diantara mereka.

Sesudah berbuka peserta mengerjakan solat di Masjid Besar dan setelah selesai solat isyak mereka kembali ke Dewan Sultan Iskandar untuk mendengar Forum Perdana bertajuk ” Kahwin Muda “, satu judul yang amat sesuai bagi para mahasiswa di UTM.

Kelab Veteran MAYC amat menghargai undangan ini dan kehadiran Setiausaha Agungnya diharap memberi erti yang besar kepada semua yang hadir dan berharap segala amalan mereka diterima dan diberkati Allah swt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: