GANDINGAN YANG LAMA DAN BARU

Dikalangan MAYC tidak ada ” generation gap” diantara pemimpin lama dan yang baru. Yang ada cuma perbedaan umur. Ini amat ketara di program BICARA TOKOH bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri, yang telah diadakan pada petang Ahad 6hb Mei lalu di Dewan Sultan Abdul Halim, Maktab Universiti Insaniah, Alor Setar.
Anjuran Majlis Belia Negeri Kedah pimpinan Ku Iskandar Ku Saad, Bicara Tokoh itu telah dihadiri oleh lebih 1000 orang belia seluruh negeri Kedah. Tun Dr Mahathir telah berucap selama 1 jam dan telah sempat menjawab berbagai soalan mengenai isu-isu  semasa.
Tun Dr Mahathir telah mengingatkan para pelajar untuk menumpukan perhatian mereka terhadap pelajaran mereka dan tidak melibatkan diri dalam aktibiti yang tidak memberi faedah. Tun juga mengingatkan para belia untuk terus memberikan taat setia kepada negara.
Turut hadir di program tersebut adalah bekas pemimpin MAYC saperti Datuk Ahmad Zaini dan Dato Osman selain daripada Taib Wahab yang mewakili Kelab Veteran MAYC Malaysia. Kesempatan itu telah diambil beliau untuk berbincang dengan Ku Iskandar mengenai kedudukan MAYC Kebangsaan sekarang ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: