GAJI MINIMA UNTUK PEKERJA

Sesuai dengan  Hari Pekerja 2012 kita harus memikirkan peranan dan tanggung jawab masing-masing dalam usaha kita untuk mewujudkan gaji minima.

“Buruh dan majikan ibarat kulit dengan kuku” dan dasar gaji minimum pekerja swasta sebenarnya harus sudah wujud sejak lama lagi, tapi kadarnya masih terlalu rendah berbanding dengan kehidupan masa kini.

Dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah berjuang untuk menuntut dasar gaji minima pekerja swasta yang lebih adil. MTUC dalam tuntutannya menuntut RM1200 untuk gaji minimum sektor swasta di Malaysia.

Hakikatnya gaji pekerja sektor swasta masih di tahap yang sangat rendah sekarang ini

1. Kajian Guna Tenaga Kebangsaan (NER) oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009 mendapati bahawa 33.8% pekerja bergaji di bawah RM700 sebulan yakni di bawah paras kemiskinan kebangsaan, RM800 sebulan pada masa ini.
2. Kajian oleh Bank Dunia pula menunjukkan bahawa sejak 10 tahun yang lepas, kadar gaji di Malaysia hanya meningkat secara purata sebanyak 2.6% setahun, walaupun kadar produktiviti buruh (real labour productivity) meningkat sebanyak 6.7% setahun.
3. Ini menunjukkan bahawa terdapat herotan (distortion) dalam pasaran buruh yang mengekang peningkatan kadar gaji sedangkan produktiviti dan kos sara hidup meningkat dengan cepat.

Sama-samalah kita fikirkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: