JASA WARGA EMAS TAK BOLEH DILUPAKAN

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan telah menjelaskan bahawa “Kempen Kesedaran Menyayangi Warga Emas” yang di lancarkan baru-baru ini adalah untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat umum betapa pentingnya menyayangi warga emas yang sudah meningkat usia.

Kempen Kesedaran Menyayangi Warga Emas yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika lawatan kerja seharinya pada 24 Mac di Negeri Sembilan telah mendapat sambutan yang sangat baik.

Menurut Menteri Besar, Kelab Warga Emas turut akan ditubuhkan dan pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan warga emas selepas ini akan dibuat malah ianya akan mendekatkan masyarakat dengan mereka.

Namun begitu, beliau berasa sangat kecewa kerana ada pihak yang sengaja memutar belitkan tujuan kempen ini di laksanakan dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri akan memberi bantuan tunai kepada warga emas.

Katanya kepada media, “kekeliruan ini timbul apabila terdapat warga emas yang telah mengisi borang hijau yang di ambil di pejabat Menteri Besar perlu menghantar di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk didaftarkan menerima bantuan. Sedangkan Kerajaan Negeri telah mewujudkan Dasar Jaringan Keselamatan Sosial yang turut membantu mereka setiap bulan.”

“Ini merupakan salah tafsir yang di buat oleh pihak yang sengaja mengelirukan warga emas dan tujuan kempen itu di buat adalah untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat muda yang sibuk bekerja terhadap golongan ini.” Tambah beliau lagi.

“Jasa warga emas tidak boleh dilupakan dan kita perlu dekati mereka yang selama ini banyak berjasa kepada era pembangunan Negara.” Tegas beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: