MALAYSIA HARUS KEKAL MAJU DAN DIHORMATI

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah, rakyat Malaysia perlu menjadi warga yang perkasa dan dinamik bagi memastikan negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

“Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tinggi nilai akhlak, moral dan etikanya,” titah Seri Paduka pada Istiadat Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV di Istana Negara rabu lalu.

Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong V pada 1970 semasa berusia 42 tahun dan empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV pada usia 84 tahun.

Seri Paduka bertitah: “Negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak berilmu dan kemajuan pula tidak bererti jika nilai-nilai yang positif diketepikan oleh penghuninya.”

“Maka jadilah insan yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh agama, iaitu insan yang berilmu dan berpekerti mulia serta sedar dan patuh terhadap tanggungjawabnya kepada negara,” titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat negara bukan sahaja ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi terus menjadikan negara ini kekal maju dan dihormati dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: