PROGRAM BERSAMA TTB YB

Kelab Veteran MAYC akan mengadakan beberapa siri perbincangan bersama aktivis media baru untuk memantapkan lagi usaha mempromosikan gagasan 1Malaysia. Mengumumkan perkara ini diakhir perbincangan meja bulat Khamis lalu, Datuk Nasir Safar berkata seramai 10 orang daripada yang hadir pada malam tersebut akan dijemput untuk perbincangan pertama guna untuk meletakkan batu asas bagi program-program yang akan diadakan seterusnya bersama TEH TARIK BERSAMA YB.

Memandangkan tahap perbincangan sebelum ini adalah baik dan membina, maka Kelab Veteran MAYC akan terus mengadakan siri program untuk pengamal media baru dan akan mendapatkan barisan yang lebih meluas lagi.

Ini adalah untuk mewujudkan satu ekosistem penulisan dan pengedaran maklumat yang lebih tepat dan membantu kejayaan Gagasan 1Malaysia.

Pengamal media baru dalam bentuk apapun yang tidak berpeluang mengambil bahagian meja bulat pertama adalah dipersilakan berhubung dengan sekretariat TEH TARIK BERSAMA YB untuk tujuan ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: