PERUNDINGAN MEJA BULAT BERHASIL

Suasana serius dengan nada yang jujur mempengaruhi perbincangan meja bulat malam tadi di Felda Villa, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. 30 orang pengamal media baru yang menghadiri meja bulat itu bersetuju untuk membantu kerajaan meningkatkan kesedaran tentang Gagasan 1Malaysia. Untuk itu perlu diadakan satu command centre yang akan menjadi pusat sumber bagi mendapatkan bahan untuk disiarkan dialam maya.

Gagasan 1Malaysia perlu terus dipromosikan supaya semua rakyat faham dan menjadi sebahagian hidup mereka. Gagasan ini bukan lagi agenda Kerajaan malah sudah boleh dihayati oleh semua lapisan masyarakat demi membina negara bangsa dalam perpaduan yang tulen.

Keiklasan Kerajaan tidak lagi disangsikan dan rakyat harus memainkan peranan untuk menjadi pemangkin wawasan 2020 dan pengamal media baru harus terus berusaha mendukung gagasan ini.

Perundingan meja bulat ini dikepalai oleh Presiden KVMM, Datuk Nasir Safar dan Taib Wahab, Setiausaha Agung menjadi moderator.

Datuk Akbar Ali, Bendahari KVM adalah diantara 30 orang wakil klompok media baru yang mengambil bahagian sementara kira-kira 70 orang bloggers, facebookers dan tweeters  memerhatikan perjalanan perundingan ini yang dianjurkan oleh Kelab Veteran MAYC Malaysia dan blog TEH TARIK BERSAMA YB.

Catitan perjalanan perundingan ini akan dibukukan dan akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri minggu depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: