GLOBAL PEACE FESTIVAL 2012

Datuk Hamidah Yusoff, Maznah Abdullah dan lima orang lagi akan mewakili Kelab Veteran MAYC ke Persidangan Keamanan Global yang akan berlangsung pada 19hb April ini di Sunway Resorts, Bandar Sunway.

Anjuran Global Peace Foundation, persidangan ini bertemakan Wanita dalam membina keamanan dan melahirkan generasi yang berwatak.

Persidangan sebelum ini telah diadakan pada 17 – 19 Oktober 2008 dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri memberi ucap utama.

Datuk Hamidah dan Maznah akan menjadi tetamu di satu majlis makan malam sempena persidangan ini pada hari sebelumnya.

KVMM mengucapkan selamat bersidang dan yakin kedua tokoh veteran MAYC ini akan menyumbang kepada perbahasan yang akan diadakan dengan berkongsi pengalaman mereka ketika menjadi pemimpin MAYC dahulu dan sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: