KISAH CINTA DI UTM JOHOR

Kisah cinta mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor hendaklah dijadikan asas untuk melahirkan berbagai innovasi sesuai dengan bidang yang dipejaari mereka. Tanpa cinta terhadap bidang yang mereka pelajari tidak akan wujud masa depan yang cemerlang.

Berucap dihadapan 1000 orang mahasiswa UTM dari Kojel 9 dan 10 malam tadi, Setiausaha Agung Kelab Veteran MAYC  Taib Wahab berkata UTM mempunyai asas yang kukuh untuk menjayakan Gagasan 1Malaysia kerana misi koperatnya adalah untuk melahirkan graduan yang berprestasi tinggi.

Tambahnya mahasiswa harus sentiasa memikirkan bagaimana hendak menjadikan Malaysia ini sebuah negara hebat dengan melahirkan pakar teknologi yang setanding dengan Steve Job dab sebagainya. Mereka juga boleh mencontohi kejayaan Steve Job dalam bidang teknologi teroka yang telah memberi impak yang kuat kepada kehidupan manusia pada hari ini.

Taib Wahab berucap ketika meresmikan MALAM PENGANUGERAHAN PERTMATA GEMILANG di Kolej 9 dan 10 UTM malam tadi sebagai wakil Datuk Nasir Safar yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Turut hadir dimajlis tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Datuk Dr Mohd Tajuddin Hj Ninggal, Pengetua Kolej 9 dan 10 Prof Madya Dr Ab Latif Ibrahim, Presiden Perwakilan Pelajar Mahasiswa UTM, Wan Ahmad Hazman Wan Daud dan wakil-wakil dari Majlis Felo, Staf Pentadbiran, Pengerusi Kolej dan bekas mahasiswa kolej.

Beliau juga mengakui bahwa UTM adalah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia dan akan terus melahirkan siswazah yang berpandangan jauh dan dapat memainkan peranan dalam pembangunan negara dan bangsa.

2 Responses

  1. wah abah,! takde video ke nak tgk abah berucap ni ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: