PERESMIAN MAYC WILAYAH PERSEKUTUAN

Presiden KVMM Datuk Nasir Safar telah meresmikan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semalam di Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana.
Dalam ucapannya beliau menggesa semua ahli MAYC untuk terus menggunakan pemikiranyang membina untuk memimpin gulungan belia. Dengan itu mereka akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan mereka perlulah mempunyai ilmu kepimpinan yang sesuai dengan zaman ini.
Untuk menghadapi krisis negara yang sering berlaku mereka perlu mengatur barisan dan  menyertai transformasi politik yang sedang berlaku sekarang ini. Perlu ada usaha untuk mencari ide baru yang boleh digunakan untuk menonjolkan gagasan 1Malaysia.
Mereka juga perlu ada nilai diri untuk terus memerlukan yang terbaik dalam hidup ini. Perbincangan untuk terus menjadikan Malaysia sebuah negara maju hendaklah terus diperhebatkan bagi mengisi segala peluang yang terbuka bagi belia.
KVMM akan terus berada dihadapan untuk memberi bimbingan kepada MAYC dan menggesa pemimpinnya menyertai gelombang pembaharuan yang dibawa oleh kelab ini.