MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KVMM

Jawatankuasa Kerja Kelab telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama selepas mesyuarat agung tahunan pada 21hb Febuari 2012 di Kluang. Mesyuarat ini bermula pada jam 12.00 tengah hari tadi di Kelab DiRaja Selangor, Dataran Merdeka.

Mesyuarat ini telah membuat susulan kepada beberapa rumusan yang diambil pada mesyuarat agung tersebut. Diantaranya adalah untuk terus melancarkan kelab veteran di negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan, Trengganu dan Pahang.

Pindaan perlembagaan dan hal-hal berkaitan telah dibincangkan sebagai persediaan untuk perlantikan jawatan tambahan yang akan diadakan setiap tiga tahun. Cadangan pindaan ini akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh mesyuaat agung.

Mesyuarat juga bersetuju untuk mengadakan program kepimpinan 1Malaysia yang akan diadakan seluruh negara. Kelab juga akan memohon dana bagi menjalankan  program media baru dikalangan veteran MAYC.

Maznah Abdullah telah memberi tahu mesyuarat bahwa KVMM telah diterima masuk menggangotai NCWO dengan beliau sendiri dan Datuk Hamidah Yusoff dilantik menjadi ahli beberapa commission yang penting. Beliau berharap untuk dapat beberapa orang veteran wanita dinegeri-negeri untuk duduk dalam NCWO perengkat negeri masing-masing.

Selesai sahaja mesyuarat seluruh Jawatankuasa Kerja telah menghadiri Mesyuarat Agunt Tahunan MAYC Wilayah Persekutuan yang telah diresmikan oleh Datuk Nasir Safar di Kompleks Bukit Perdana, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: