KEPIMPINAN SUKARELAWAN

Dengan menggabungkan jenis-jenis asas  gaya kepimpinan yang berorientasikan tugas dan pekerja,  kita boleh membentuk suatu model keberkesanan pengurusan yang mempunyai empat peringkat:
Pengurusan pertama  dikatakan berkuasa melalui eksploitasi, iaitu pemimpinnya membuat sendiri semua keputusan tentang hal-hal kerja dan mengarahkan sukarelawannya untuk menurut perintah. Ugutan atau hukuman diberi jika bawahannya  gagal untuk memenuhi matlamat dan standard yang dibentuknya dengan tegas.

Pemimpin kurang menaruh kepercayaan terhadap sukarelawan di bawah arahannya dan mereka pula merasa takut dan terasing daripada pemimpin.
Kepimpinan gaya kedua masih juga mengeluarkan arahan-arahan, tetapi sukarelawan diberi kebebasan untuk memberi komen tentang perintah-perintah tersebut. Mereka juga diberi fleksibiliti untuk mengambil beberapa tindakan tertentu, mengikut kawalan yang ketat dan prosedur-prosedur yang digariskan.
Kepimpinan ketiga pula menubuhkan matalamt-matlamat dan arahan-arahan am setelah berunding dan berbincang terdahulu dengan  bawahannya. Pihak sukarelawan  juga boleh mengambil keputusan sendiri tentang cara mengendalikan tugas-tugas mereka, oleh sebab hanya keputusan am dan yang menyeluruh sahaja diambil oleh para pemimpin di peringkat- peringkat pengurusan atasan.

Lebih banyak ganjaran digunakan daripada hukuman untuk mendorong sukarelwan, dan mereka diberi kebebasan untuk membincangkan hal-hal kerja dengan pemimpin mereka yang lebih menaruh kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk melakukan tugas masing-masing.
KVMM melihat kepimpnan keempat sebagai yang paling melibatkan penyertaan semua ahli dalam kumpulan pekerja di dalam perbentukan matlamat dan penilaian tentang matlamat, iaitu, penglibatan di dalam pengambilan keputusan di semua peringkat, dan pengendalian operasi mereka sendiri dan di dalam kumpulan masing-masing. Pemimpin sistem ini menanam keyakinan dan kepercayaan yang penub kepada ahlimereka dalam segala hal, serta sering mendapat dan menggunakan idea-idea dan pendapat-pendapat yang dikemukakan oleh mereka. Para pemimpin  juga selalu memberi ganjaran sebagai dorongan kerja, berasaskan kepada penyertaan berkumpulan.
Pemimpin yang menggunakan pendekatan keempat di dalam kendalian operasi mereka terdiri daripada mereka yang paling berjaya sebagai pemimpin. Bagi organisasi yang mengamalkan pengurusan sistem ini ,juga didapati paling berkesan di dalam penubuhan dan pencapaian objektif mereka, di samping menjadi lebih produktif. Kejayaan ini disebabkan pada dasarnya oleh tahap penglibatan pekerja di dalam pengurusan dan sokongan yang diberi kepada pekerja berkekalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: