MODEL KEPIMPINAN

Dengan meneliti fungsi yang dilakukan oleh para pemimpin di dalam kumpulan mereka, didapati bahawa untuk sesuatu kumpulan itu beroperasi dengan berkesan, suatu pihak mesti mengendalikan dua fungsi utama, iaitu fungsi yang bersabit dengan penyelesaian masalah (berorientasikan tugas) dan fungsi penyelenggaraan kumpulan (fungsi-fungsi sosial).
Di antara usaha yang cuba menyelidik mana satu di antara gaya-gaya kepimpinan tersebut menghasilkan prestasi kumpulan yang paling berkesan, termasuklah kajian-kajian yang dilakukan dibeberapa universiti. Di sini, para penyclidik mengkaji keberkesanan kelakuan kepimpinan dua dimensi, iaitu mengikut struktur kerja dan mengutamakan hal ehwal pekerja.
Dalam dimensi yang pertama, kelakuan pemimpin menekankan kegiatan penyusunan kerja, penjadualan penubuhan matlamat. pengelolaan dan segala hal struktur kerja. Para pemimpin lebih mengutamakan prestasi dan pengeluaran daripada hal-hal kerja yang lain dan bergiat mencapai peringkat-peringkat output yang tinggi.

Mengikut dimensi kedua pula, para pemimpin menunjukkan kelakuan sosial dengan menitikberat dan menghormati idea-idea, perasaan dan hal-ehwal pekerja dengan cara mendengar masalah peribadi pekerja dan membantu menyelesaikannya.

Salah satu teknik terkenal yang menerangkan gaya-gaya kepimpinan secara dramatik ialah petak kepengurusan yang dicipta oleh Robert Blake dan Jane Mouton. Petak ini digunakan di merata dunia sebagai suatu teknik melatih pengurusan dan mengenal pasti berbagai-bagai kombinasi gaya kepimpinan. Teknik ini berasaskan kepada penyelidikan penyelidikan awal yang menunjukkan betapa pentingnya seorang pengurus menitikberatkan kedua-dua aspek, iaitu mementingkan pengeluaran dan mementingkan pekerja.

Mementingkan pengeluaran (di paksi mendatar) terdiri daripada sikap penyclia terhadap berbagai-bagai perkara, seperti mutu keputusan polisi yang diambil, prosedur kerja, mutu perkhidmatan staf, kecekapan kerja, daya kreativiti penyclidikan dan tahap output. Mementingkan pekerja (di paksi menegak) juga diberi pengertian yang luas. Ini merangkumi perkara seperti darjah komitmen peribadi yang ditanamkan ke arah pencapaian sesuatu go1, mengekalkan kehormatan  para pekerja, pemberian tanggungjawab berdasarkan keperc ayaan dan bukan kesetiaan sahaja, pemberian keadaan kerja yang baik dan menjaga agar perhubungan peribadi memuaskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: