GAYA KEPIMPINAN

Gaya kepimpinan adalah berasaskan kepada bagaimana pemimpin menggunakan kuasanya. Tiga gaya asas dapat dikenal pasti.  Pemimpin yang autokratik merupakan seorang yang dogmatik dan positif, memerlukan bawahannya untuk menurut perintah yang diarahkannya, dan memimpin mengikut kebolehannya untuk memberi atau menarik balik ganjaran, serta hukuman

Pemimpin yang demokratik pula menggalakkan penglibatan dan penyertaan dan staf mereka tentang tindakan dan pembuatan keputusanya.

Gaya kepimpinan yang ketiga bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi stafnya  penuh kebebasan untuk mengendalikan kerja inereka. Pemimpin sedemikian biasanya membeni kebebasan pekerja untuk menentukan matlamat mereka tersendiri serta cara-cara mencapainya.

Ia juga melihat peranannya sebagai memberi panduan kepada terlaksananya operasi-operasi stafnya dengan memberi maklumat berhubung dengan persekitaran luaran kumpulan pekerjanya.

Kebanyakan daripada kajian tentang gaya kepimpinan mengikut sistem pengurusan  menunjukkan anggapan bahawa pekerja pada dasarya diihat oleh pemimpin sebagai salah satu faktor pengeluaran. Dengan ini, gaya pengurusan untuk mencapai output biasanya berat sebelah sama ada mereka menekankan daya pengeluaran ataupun mereka menekankan kepuasan atau hal-ehwal
pekerja semata-mata.

Telah dibentuk suatu model kelakuan kepimpinan berasaskan dua dimensi Mereka menggunakan konsep berorientasikan pengeluaran (kerja) dan berorientasikan pekerja untuk menerangkan model tersebut. Pemimprn yang berorientasikan kerja mementingkan kerja yang dilakukan, manakala pemimpin yang berorientasikan pekerja lebih mengutamakan penubuhan kerja dan terjalinnya perhubungan peribadi di kalangan pekerja.

Ini amat dirasakan perlu dalam kalangan pergerakan MAYC sekarang ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: