MAJLIS MAKAN MALAM

Pada sebelah malam 21hb Febuari 2012 akan berlangsung Majlis Makan Malam bersama Presiden KVMM sempena Mesyuarat Agung Tahunan KVMM ke3 untuk meraikan semua perwakilan yang hadir. Majlis akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian minus one oleh seorang veteran MAYC dari Pelabuhan Klang dan juga penyanyi tahun 80an iaitu TONY AHMAD.

Tony akan mendendangankan satu repetoir lagu-lagu lama yang tentunya akan menimbulkan berbagai nostalgia dikalangan kita.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 malam itu akan diisi dengan berbagai acara termasuk penyampaian watikah perlantikan dan persembahan video mengenai MAYC GLOBAL RELIEF

Semua perwakilan dipersilakan hadir di lantai 5 Hotel Anika, Kluang pada 21hb Februari 2012 jam 8.30 malam

Leave a comment