PEMBANGUNAN BANDAR KLUANG

Pembangunan sektor perdagangan dan perindustrian  telah menjadikan Kluang sebagai destinasi baru pelabur tempatan dan luar negara.

Lebih dari 500 buah kilang berbagai jenis yang mengeluarkan produk untuk kegunaan tempatan dan eksport memenuhi 9 buah kawasan perindustrian utama. Di antara kilang-kilang gergasi yang sedang beroperasi ialah kilang membuat jubin, kilang elektronik dan kilang membuat pakaian.

Kini Kluang terkenal sebagai pengeluar jubin bermutu tinggi yang terbesar di Malaysia disamping produk elektrik dan elektronik dan pakaian berjenama antarabangsa untuk pasaran dalam negeri dan eksport.

Perkembangan sektor perumahan, industri, perdagangan dan perkhidmatan telah mewujudkan banyak peluang-peluang pekerjaan yang menjadi punca kebanjiran penduduk di Bandar Kluang.

Click to view full size image
 ==============

Pada tahun 2000, penduduk Kluang telah meningkat kepada 155,000 orang. Untuk memenuhi keperluan penduduk yang bertambah, penyediaan kemudahan asas terus dipertingkatkan. Selain menaik taraf jalan-jalan raya utama dan rangkaian jalan bandar, sebuah terminal pengangkutan awam berharga RM5 juta telah dibina. Dibawah program penswastaan kerajaan Negeri, sebuah stadium sukan berharga RM 24 juta telah didirikan.

Pembangunan pesat Bandar Kluang tidak dapat dibendung lagi. Penduduk Bandar Kluang terus menagih perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Struktur pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara memerlukan perubahan. Sebagai langkah merintis kearah perubahan corak pengurusannya, jawatan yang Di pertua telah diisi dengan sepenuh masa oleh seorang pegawai tadbir Negeri Johor mulai 1.3.1999.

Setelah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kerajaan Tempatan dengan persetujuan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 31 Januari 2001 telah mengambil keputusan menaik taraf Majlis Daerah Kluang Utara kepada Majlis Perbandaran yang dikenali dengan nama Majlis Perbandaran Kluang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: