SEJARAH BANDAR KLUANG

Bandar Kluang telah wujud seawal tahun 1910. Dasar kerajaan negeri yang menggariskan rancangan membangunkan tengah Johor dan Kluang sebagai pusat komunikasi telah menjadikan Kluang sebagai pusat pertumbuhan baru. Pembukaan ladang-ladang dan pembinaan landasan keretapi mendorong lebih ramai penduduk berhijrah dan mendiami bandar Kluang.

Pada tahun 1920, dengan mempunyai 5 000 orang penduduk, Lembaga Bandaran Kluang telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Merinyu Kesihatan. Mulai tahun 1932, Pegawai Daerah Kluang menyandang jawatan Presiden Lembaga Bandaran Kluang.

Dalam tahun 1957, Lembaga Bandaran Kluang telah dinaik taraf kepada Majlis Bandaran Kluang dengan Pegawai Daerah Kluang sebagai Yang Dipertua. Lima tahun kemudian pada tahun 1962, 5 buah Majlis Tempatan telah di tubuhkan iaitu Majlis Tempatan Kampung Paya, Majlis Tempatan Kampung Gajah, Majlis Tempatan Sri Lalang, Majlis Tempatan Chamek dan Majlis Tempatan Paloh.

Dengan langkah penyusunan semula Majlis Tempatan, maka pada 1.1.1997 Majlis Bandaran Kluang telah disatukan dengan 5 Majlis Tempatan yang lain bagi membentuk Majlis Daerah Kluang Utara di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara telah diperluaskan dengan merangkumi kawasan seluas 126.5 m persegi dengan penduduknya melebihi 65,000 orang.

Bandar Kluang terus berkembang maju di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kluang Utara. Dengan perlaksanaan projek-projek pembangunan di bawah rancangan Malaysia Lima Tahun dan komitmen kerajaan Negeri untuk membangunkan daerah Kluang, peranan Bandar Kluang sebagai pusat pertumbuhan kawasan tengah Johor semakin nyata. Sektor-sektor ekonomi semakin berkembang dengan pesat. Selain penempatan awal penduduk yang sedia ada, taman-taman perumahan baru terus dibangunkan. Pembinaan ompleks perniagaan di Pusat Bandar Kluang, pembangunan taman-taman perumahan baru dan pembukaan kawasan perindustrian menjadi penyumbang utama kepada perkembangan Bandar Kluang. Bilangan premis kediaman, perdagangan dan perindustrian bertambah dengan pesat. Bilangan keseluruhan pegangan terus meningkat dari 20,500 dalam tahun 1988 kepada 42,455 pegangan dalam tahun 2000. Peningkatan bilangan pegangan ini terus menyumbang kepada pertambahan hasil Majlis dari RM7.72 juta dalam tahun 1988 meningkat kepada RM16.6 juta dalam tahun 2000.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: