MOTOCROSS MAYC PERAK

Dari BERNAMA

BERUAS,  – Golongan belia disaran mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan oleh persatuan belia terutama anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC). Ketua Penerangan negeri Datuk Hamdi Abu Bakar berkata aktiviti yang dianjurkan persatuan belia adalah bagi memupuk semangat setiakawan dan mengelak golongan ini dari terjerumus kepada aktiviti tidak sihat.

“Kita tidak mahu generasi muda ini terpesong dan menyebabkan berlakunya masalah sosial…jadi saya minta golongan belia supaya menyertai program anjuran mana-mana persatuan belia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program MAYC International Challenging Motocross 2012 di Litar Motorcross Kampung Banjar, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Beliau berkata belia bukan hanya perlu sertai program sebagai belia sahaja sebaliknya perlu menjadi penyumbang tenaga terutama sebagai sukarelawan. Katanya melalui program yang disertai boleh membuka minda golongan ini supaya lebih matang serta secara tidak langsung akan memberi peluang mereka mendekati dan mengenali pelbagai bidang, aktiviti dan sukan tersebut.

Mengenai program hari ini, beliau yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Baru berkata penganjuran kali kedua sukan itu berjaya menarik lebih 150 peserta dari seluruh negara termasuk peserta New Zealand, Filipina dan Thailand.

“Apa yang menarik, jumlah pengunjung juga meningkat dari 3,000 pada pertandingan yang sama tahun lalu kepada lebih 5,000 pengunjung pada kali ini,” katanya.

Berdasarkan jumlah peserta itu, beliau berharap lebih banyak syarikat swasta seperti Petronas, Shell, Modenas dan Kia sudi memberikan tajaan pada pertandingan yang sama hujung tahun ini.

Sebanyak 11 kategori dipertandingkan dalam pertandingan anjuran bersama MAYC Kebangsaan dan MAYC Beruas itu yang turut menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 dan piala kepada pemenang.

Advertisements

SEPETANG BERSAMA VETERAN

Seramai 100 ahli veteran MAYC  Negeri Johor telah menghadiri perjumpaan di Hotel Pontian semalam. Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Veteran MAYC Negeri Johor bermula pada jam 2.30 petang.

Hadir di perjumpaan tersebut ialah Presiden Kelab Veteran MAYC Malaysia Datuk Nasir Safar yang telah berucap mengenai beberapa isu semasa dalam lingkungan gagasan 1Malaysia.

Katanya masa depan negara ini amat bergantung kepada penghayatan gagasan 1Malaysia dikalangan semua penduduk negara ini yang terdiri dari berbilang kaum.

Pembangunan yang dinekmati sekarang tidak akan berkekalan sekiranya semangat 1Malaysia itu tidak terus dihayati oleh semua kaum. Oleh yang demikian NGO saperti Kelab Veteran MAYC akan terus memainkan peranan untuk menerangkan kepada rakyat apa erti 1Malaysia yang sebenarnya.

Program saperti ini akan diadakan di Mentakab pada Sabtu 21hb Januari depan mulai jam 9.30 pagi bertempat di Dewan UMNO Bahagian Temerloh, Pahang.

SELAMAT TAHUN BARU 2012