MOTOCROSS MAYC PERAK

Dari BERNAMA

BERUAS,  – Golongan belia disaran mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan oleh persatuan belia terutama anjuran Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC). Ketua Penerangan negeri Datuk Hamdi Abu Bakar berkata aktiviti yang dianjurkan persatuan belia adalah bagi memupuk semangat setiakawan dan mengelak golongan ini dari terjerumus kepada aktiviti tidak sihat.

“Kita tidak mahu generasi muda ini terpesong dan menyebabkan berlakunya masalah sosial…jadi saya minta golongan belia supaya menyertai program anjuran mana-mana persatuan belia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program MAYC International Challenging Motocross 2012 di Litar Motorcross Kampung Banjar, Ayer Tawar dekat sini hari ini.

Beliau berkata belia bukan hanya perlu sertai program sebagai belia sahaja sebaliknya perlu menjadi penyumbang tenaga terutama sebagai sukarelawan. Katanya melalui program yang disertai boleh membuka minda golongan ini supaya lebih matang serta secara tidak langsung akan memberi peluang mereka mendekati dan mengenali pelbagai bidang, aktiviti dan sukan tersebut.

Mengenai program hari ini, beliau yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Baru berkata penganjuran kali kedua sukan itu berjaya menarik lebih 150 peserta dari seluruh negara termasuk peserta New Zealand, Filipina dan Thailand.

“Apa yang menarik, jumlah pengunjung juga meningkat dari 3,000 pada pertandingan yang sama tahun lalu kepada lebih 5,000 pengunjung pada kali ini,” katanya.

Berdasarkan jumlah peserta itu, beliau berharap lebih banyak syarikat swasta seperti Petronas, Shell, Modenas dan Kia sudi memberikan tajaan pada pertandingan yang sama hujung tahun ini.

Sebanyak 11 kategori dipertandingkan dalam pertandingan anjuran bersama MAYC Kebangsaan dan MAYC Beruas itu yang turut menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 dan piala kepada pemenang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: