MASA DEPAN MAYC DIBINCANGKAN

Satu perjumpaan meja bulat telah diadakan semalam di Kelab Diraja Selangor, Kuala Lumpur diantara Kelab Veteran MAYC dan MAYC Kebangsaan pimpinan Akramsyah Sanusi.

Perbincangan dua jam itu berkisar disekitar usaha-usaha yang sedang di jalankan oleh MAYC pimpinan Mustafa Mat Arof untuk mengadakan AGM pada 16hb Disember 2011 ini di Melaka dengan tidak memanggil kelab-kelab dibawah kelompok pimpinan Akramsyah.

Daripada hujjah-hujjah yang dikemukan oleh pimpinan Akramsyah bahwa tidak benar semua AGM MAYC mesti diadakan di Dewan Besar PKBM Wisma Belia saperti yang dinyatakan oleh Hayati Hamzah terdahulu dari ini. Ianya diadakan di Melaka adalah untuk menggelakkan sebarang tindakan protes yang akan dijalankan oleh kelompok Akramsyah.

Dengan mendapatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam meresmikan AGM ini maka keamaman AGM ini lebih terjamin. Mesyuarat amat yakin bahwa AGM ini akan dihadiri oleh mereka-mereka yang  hanya sehaluan dengan Mustafa dan kebanyakan diantara mereka adalah penuntut sekolah di Melaka saperti yang dilakukan di AGM anjuran Tan Sri Syed Hamid pada tahun lalu.

Usaha-usaha saperti ini adalah bertujuan untuk meminggirkan terus kelompok Akramsyah daripada menguasai MAYC.

Mesyuarat bersetuju untuk menghantar memorandum bantahan kepada YB Menteri Belia dan Sukan kerana AGM ini telah diadakan bertentangan dengan arahan Menteri supaya AGM ini diadakan untuk menyatukan kedua kelompok MAYC.

Kelab Veteran MAYC telah diwakili oleh Datuk Mohd Yusoff Hamid, Puan Maznah Abdullah dan Taib Wahab.

MAYC Kebangsaan pula diwakili oleh Presidennya Akramsyah Sanusi dan lima orang JKKnya.

6 Responses

  1. apa lagi lah yang veteran MAYC ni x puas hati?
    Kami di Melaka akan bersedia menerima apa sahaja…
    Anak cucu laksamana hang tuah ini tidak akan biarkan bumi melaka ini dicemari oleh demonstrasi yang akan memalukan melaka…
    Pantang anak melaka dicabar….

  2. cuba check pd roy adakah data akramsyah ada di sana..mane persatuan belia dia..dari mane dia….jgn jdkan MAYC sebagai tempat dia nk naik cepat…kami barisan di bawah tidak menyokong dia 110%…cakap pandai tapi kerja xde…cuba jwb mane duit RM 75 000?????????

  3. Salam…kenapa harus meletakkan kekecewaan kumpulan Akramsyah kepada perwakilan yg akan hadir pd AGM di Melaka.(mereka yang sehaluan dengan Mustaffa Mat Arof) tahukah kalian bahawa YB Menteri telah mengesahkan bahawa 26 September adalah kepimpinan yang telah disahkan.Cuba kalian bayangkan hampir setahun MAYC bertelagah sesama sendiri.Janganlah dibangkitkan permasalahan yang remeh seperti tidak boleh mengadakan AGM diluar Wisma Belia.Janganlah jadikan alasan sebegini utk mempertikaikan perkara yg menuju kesepakatan.Jika benar saudara Akramsyah berhasrat utk menjadi Pemimpin MAYC tertinggi beliau seharusnya pandai bermain dengan akal dan kata-kata.Zaman ini kita telah dilahirkan sebagai seorang yg berakal tinggi.Sebagai salah seorang pemimpin sy menyatakan persetujuan utk bersama-sama dengan kepimpinan yg telah di sahkan.Saya juga tidak akan sekali-kali menidakkan kumpulan AGM 31 Julai…tapi marilah kita tepuk dada dan tanya selera.

  4. ade ke kelompok kepimpinan Akramsyah di MAYC Kebangsaan. Tengok dlm buku laporan yg baru nie tk nampak pun nama Akramsyah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: