RASUAH DALAM NGO

Belum pernah terdengar pegawai kanan  mana-mana NGO yang dihukum kerana rasuah, salah guna kuasa atau salah pengurusan berbanding dengan Pengarah Syarikat.

Di Johor Bahru Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara sehari terhadap seorang pengarah syarikat di sini hari ini atas tuduhan merasuah seorang penyelia keselamatan kanan TNB sebanyak RM5,000 Julai lalu.

Hakim Madihah Hairullah yang mengarahkan Teo Swee Eng @ Teo Swee Kwong, 53, membayar denda RM25,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayar denda itu turut mengarahkannya dilucut hak ke atas wang rasuah RM5,000 itu.

Teo, pengarah syarikat Nipseals Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar barangan penebat dan gasket sebelum itu mengaku bersalah mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sudah tiba masanya untuk tindakan diambil terhadap pegawai kanan NGO yang terlibat dalam rasuah, salah guna kuasa dan berbagai jenis penyelewengan terutama sekali di MAYC. Berbagai bukti sudah ditampilkan dan sudah ada tindakan yang diambil oleh berbagai pihak keatas MAYC. Numun belum ada sebarang tindakan yang jelas dari pihak polis atau perundangan.

Sekiranya ini tidak dibendung maka penyakit salah guna kuasa dan penyelewengan akan berleluasa dikalangan anggota NGO.