KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA

Kita sebagai pengguna telah dinasihatkan untuk tidak merasa ragu-ragu menggunakan produk susu tepung tumbesaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didakwa mengandungi kandungan Vitamin A melebihi 15000 I.U. Ini berikutan dakwaan sesetengah pihak yang terkeliru dengan maklumat pada label produk mengenai berat bersih yang terdapat pada label berkenaan iaitu 30g bagi setiap sudu.

Justeru, katanya pengguna kini tidak perlu lagi merasa was-was tentang produk yang dijual di KR1M kerana kementerian dari semasa ke semasa akan terus memantau setiap produk yang dijual di kedai berkenaan bagi memastikan ia sentiasa memenuhi dan mematuhi perundangan makanan.

Menurut kenyataan itu lagi, KKM juga memaklumkan bahawa perjumpaan dengan pihak yang membangkitkan tentang isu produk makanan di KR1M ditunda kepada 2 Dis ini di Putrajaya. Sebelum ini, KKM bersetuju untuk membincangkan isu tersebut pada 29 Nov lalu namun akibat kekangan masa, tarikh tersebut terpaksa ditunda.

Pihak yang membangkitkan isu-isu ini juga harus mempersoalkan bagaimana MYDIN dilantik penguruskan KR1M ini dengan peruntukan sebanyak RM 40 juta dari Kerajaan  sedangkan mereka sendiri berniaga dalam bidang yang sama. Tentunya KR!M ini boleh dijadikan “dumping ground” untuk produk-produk yang tidak bermutu untuk mengekalkan harga murah dan sebagainya.

Kerajaan Malaysia dan KKM harus sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan bersedia untuk mengadakan perjumpaan dengan mana-mana jua pihak bagi membincangkan isu-isu berbangkit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: