RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN

Oleh Debra Chong

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2001 yang kontroversi diluluskan petang kelmarin dengan enam pindaan manakala ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat selepas pentadbiran Najib enggan menarik balik rang undang-undang itu.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan enam pindaan telah dilakukan yang bertujuan membenarkan warganegara menganjurkan dan menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa senjata dengan sekatan-sekatan yang difikirkan perlu dan demi kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.

Antara lain usul pindaan berkenaan membabitkan Fasal 9(1) untuk meminda tempoh yang ditetapkan kepada penganjur untuk memberikan notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 kepada 10 hari.

Selain itu, Fasal 12(1) rang undang-undang itu turut dipinda bagi memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan berkenaan dari 48 jam kepada 24 jam.

Turut dipinda adalah membabitkan Fasal 12(2) bagi tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan dari lima hari kepada 24 jam.

Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan dari 12 hari kepada lima hari seperti yang dinyatakan pada pindaan ke atas Fasal 14.

Pindaan terhadap Fasal 15, membolehkan polis mengenakan sekatan ke atas pelbagai aspek perhimpunan termasuk masa dan tempat demi keselamatan atau ketenteraman awam bagi melindungi hak dan kebebasan orang lain.

Pindaan ke atas Fasal 16 pula memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.

Ketika menggulung perbahasan, Menteri Nazri Aziz berkata apa yang dilakukan kerajaan berhubung rang undang-undang berkenaan tidak melanggar Perlembagaan negara dengan intipati pentingnya adalah untuk memberi nafas baru kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memasukkan elemen-elemen kebebasan berhimpun secara aman iaitu hak berhimpun tanpa senjata.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: