PERUMAHAN UNTUK RAKYAT

Saperti tidak cukup lagi undang-undang untuk perumahan rakyat satu lagi Rang Undang-undang Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) 2011 telah dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Penyokong Kerajaan telah menyifatkan langkah ini bijak dalam usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata mengikut rang undang-undang itu, sebuah perbadanan akan ditubuhkan dan mempunyai beberapa anggota jawatankuasa terdiri daripada pegawai kanan kerajaan persekutuan, dan seorang menteri akan menjadi penasihat.

“Melalui cara ini, saya percaya kerajaan mampu membina rumah yang dikenali sebagai ‘affordable housing’ untuk golongan rakyat berpendapatan RM7,000 dan ke bawah sebulan,” katanya di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata sebelum ini, kementeriannya diberi tanggungjawab membina rumah melalui program Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang mana pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah berpeluang memiliki rumah.

Rang undang-undang itu diperkenalkan bertujuan mengawal selia perkara-perkara berhubung pembangunan dan pembinaan perumahan, infrastruktur dan kemudahan melalui program Perumahan PR1MA dan membolehkan penubuhan satu badan berkanun yang diasingkan iaitu PR1MA Corporation Malaysia.

Sungguhpun  ini adalah langkah prihatin kerajaan dalam menentukan rakyat negara ini memiliki rumah terutama  yang berpendapatan sederhana di bandar dan luar bandar kita tertanya-tanya apakah peranan yang akan dimainkan oleh Syarikat Perumahan Negara, Perbadanan Kemajuan Negeri dan agensi-agensi lain yang selama ini membina berbagai jenis rumah untuk rakyat.

Atau mungkinkah penubuhan agensi ini akan menerima nasib saperti NFC yang sedang hebat diperkatakan sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: