PEMIMPIN YANG KORUP

Semalam Tun Dr Mahathir Mohamed antara lain mendakwa Umno selaku parti berasaskan perikatan itu berhadapan dengan masalah mendapatkan pemimpin terbaik.

Bekas perdana menteri itu berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini termasuk kita dikalangan Veteran MAYC.

Kata Tun, tanggapan kebanyakan rakyat ialah Umno dipimpin oleh orang yang korup dan “kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan.” “Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah.

“Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini,” kata beliau sambil menambah, “kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini.” Selangor merupakan salah satu negeri dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Tun Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin Umno dan kerajaan berkata, “saya harap kita boleh menang tapi kalau kita tidak jaga, mungkin kemenangan itu kecil sahaja.”

“Jika kemenangan kecil kita akan jadi kerajaan yang lemah dan lebih banyak masalah akan berlaku,” kata beliau lagi.

Kita berpendapat bahwa antara cabaran besar yang dihadapi oleh pemimpin dan anggota Umno ialah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap Umno dan BN termasuk yang sedang memimpin pergerakan belia.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: